Senin, 16 November 2009

HIASAN RUMAH DENGAN BACAAN AL-QURAN


Al-Quran mesti dibaca. al-Quran mempunyai hak untuk dibaca bagi kaum muslimin. Setidak-tidaknya dua kali khatam bacaan dalam setahun.

Anjuran untuk membaca al-Quran telah dirakamkan dalam sabda Nabi Muhammad

"Wahai ahli-ahli al-Quran, janganlah kamu membantalkan al-Quran. Hendaklah kamu membaca al-Quran sebagaimana hak pembacaanya, siang dan malam. sebarkanlah kitab suci itu, bacalah kitab suci itu dengan suara yang merdu dan renungkanlah kandungan-kandungan kitab suci itu. dengan ini kamu akan mendapat kejayaan. ......"(Hadis riwayat Baihaqi).

Tidak ada bacaan yang seindah dan semulya melainkan bacaan al-Quran. Dan juga boleh memberikan ketenangan hati bagi pembaca dan bagi orang yang disekilingnya.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Abu Dawud daripada Abu Hurairah ra. Rasulullah SAW. bersabda "Tidaklah Berkumpul orang di salah satu rumah-rumah Allah, membaca al-Quran dan membaca seorang daripada mereka kepada yang lain melainkan diturunkan 'sakinah' (ketenangan/ketentraman) ke atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan malaikat yang berada di sisiNya.

Hadis ini telah menjelaskan betapa mulia dan istimewa tempat-tempat yang selalu berkumandangnya ayat-ayat suci al-Quran. Di tempat itu dikarunia ketenangan, kerahmatan dan sebagainya yang turun bersamaan dengan Malaikat.

Seindah apapun rumah dengan hiasan deco, siap dengan hiasan dinding, penuh dengan bunga-bunga, warna yang cantik, perabot yang harganya mahal tidak menjamin terwujudnya kepuasan, ketenangan dan keagungan.

Hanya bacaan al-Quran lah yang boleh memberikan semua itu sebagaimana sabda nabi Muhammad di atas. Belajarlah untuk boleh membaca al-Quran, kerana akan mendapat gelaran sebaik-baik manusia dan diteruskan untuk memberi tunjuk ajar kepada keluarga, kerana itu menjadi tanggungjawab yang utama.

Sekiranya tidak ada kemampuan untuk membaca di tempat anda, sementara anda menginginkan ada bacaan al-Quran di tempat anda, sila datangkan seorang guru/ustaz untuk membacanya dan anda beserta keluarga mendengarkannya untuk belajar.

Betapa bahagia, sekiranya di tempat anda telah dibacakan al-Quran hingga khatam (habis), kerana setiap satu bacaan dalam al-Quran mengandungi kebaikan. Dan diakhiri dengan Doa Khatmil Quran dengan memohon keberkahan daripadanya.

Inilah penghias sebenar rumah dan tempat anda, iaitu membaca al-Quran. Hiasi Rumah atau Tempat anda dengan bacaan al-Quran (Khatmil Quran).

Sekiranya anda memerlukan bantuan kami, insya Allah, kami boleh membantunya. Kami terdiri daripada pengajar maahad dan murid yang selalu mendapatkan jemputan majlis bacaan al-Quran di merata-rata tempat di Kuala Lumpu dan Selangor.

Sekiranya anda mempunyai azam, Insya Allah, Allah akan mempertemukan kita. Semoga dari usaha ini mewujudkan hubungan silaturahim dan mendapatkan keberkatan. Amin.


Talian yang boleh dihubungi:

Ustaz Lazib 016-2479578
Ustaz Hj. Mator 0136151590

Tidak ada komentar: